Thursday, August 12, 2010

Pendidikan

Kamus Dewan:
Pendidikan sebagai perihal mendidik iaitu memelihara, menjaga, melatih, mengajar dan sebagainya.

Pendidikan tidak sahaja tertumpu kepada aktiviti-aktiviti mengajar yang melibatkan tindakan-tindakan menyampai dan memberitahu tetapi juga menyangkut hal-hal yang berkaitan dengan usaha yang lebih besar yang terarah kepada pembentukan dan pembinaan insan murni seimbang dan bertanggungjawab.

Pendidikan yang diperolehi harus berupaya mengukuhkan lagi kepercayaan mereka beragama, memperkembangkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap pencipta, peka terhadap nilai dan norma masyarakat serta berusaha membentuk perlakuan dan peribadi mulia berdasarkan nilai-nilai murni manusia sejagat.
roskangjailani@gmail.com

No comments:

Post a Comment